Wednesday, July 24, 2013

SAYUR GORENG + UDANG BLACK PEPPER


BAHAN - BAHAN :

1. UDANG
2. BUNGA KOBIS
3. BAWANG BESAR
4. CILI MERAH
5. BAWANG PUTIH
6. SERBUK LADA HITAM
7. SEDIKIT GARAM DAN GULA
8. DAUN BAWANG
9. MINYAK UNTUK MENGGORENG

CARA - CARA :
1. PERAP UDANG DENGAN SERBUK LADA HITAM DAN GARAM.
2. PANASKAN MINYAK. TUMIS BAWANG PUTIH YANG TELAH DIKETUK BERSAMA CILI MERAH.
3. MASUKKAN UDANG DAN GORENG HINGGA IA BERTUKAR WARNA.
5. MASUKKAN BUNGA KOBIS DAN MASUKKAN GARAM DAN GULA SECUKUP RASA.
6. GORENG HINGGA MASAK DAN TABURKAN DAUN BAWANG. 



SUP SAYUR + UDANG AYAM


BAHAN - BAHAN :

1. KOBIS
2. BUNGA KOBIS
3. CILI MERAH
4. BAWANG BESAR
4. BAWANG PUTIH
5. LADA HITAM 
6. LADA HITAM SERBUK
7. UDANG  
8. AYAM 
9. TAUHU KERING 
10. MINYAK UNTUK MENUMIS
11. SEDIKIT GARAM DAN GULA.

CARA - CARA : 

1. TUMBUK LADA HITAM BESERTA BAWANG PUTIH.
2. PANASKAN MINYAK.
3. MASUKKAN BAWANG PUTIH YANG TELAH DITUMBUK TADI DAN GORENG HINGGA NAIK BAU.
4. MASUKKAN CILI MERAH DAN BAWANG BESAR.
5. MASUKKAN UDANG DAN AYAM.
6. SETELAH UDANG DAN AYAM HAMPIR MASAK, MASUKKAN AIR.
7. MASUKKAN KOBIS DAN BUNGA KOBIS SETELAH AIR MENDIDIH DAN MASUKKAN TAUHU.
8 MASUKKAN GARAM DAN GULA SECUKUP RASA.
9. TABUR LADA HITAM SERBUK SETELAH MASAK. 




IKAN CENCARU SALUT SAMBAL BELACAN


BAHAN - BAHAN : 

1. IKAN CENCARU
2. MINYAK UNTUK MENGGORENG
3. CILI PADI
4. BELACAN 
5. LIMAU NIPIS
6. SEDIKIT GARAM DAN GULA

CARA - CARA :

1. PERAPKAN IKAN CENCARU DENGAN GARAM.
2. SEMENTARA ITU, TUMBUK CILI PADI, BELACAN HINGGA LUMAT.
3. MASUKKAN GARAM, GULA DAN PERAHAN LIMAU NIPIS.
4. PANASKAN MINYAK DAN GORENG IKAN HINGGA GARING.
5. TABUR CILI PADI TADI PADA IKAN. 

CUCUR TAUHU


BAHAN - BAHAN :

1. TAUHU
2. UDANG KERING (dihiris halus)
3. CILI PADI (dihiris halus)
4. DAUN BAWANG (dihiris halus)
5. UDANG (dihiris halus)
6. SEDIKIT GARAM DAN GULA 
7. TELUR

CARA - CARA :

1. HANCURKAN TAUHU HINGGA HANCUR.
2. MASUKKAN TELUR, UDANG KERING, UDANG, DAUN BAWANG, DAN CILI PADI. GAUL SEBATI.
3. PANASKAN MINYAK DAN GORENGKAN HINGGA GARING.